Catatan Yang Ditampilkan

TIKTOK lucu

1

Ahad, 20 September 2020

Pekerja mahu Ford berhenti membuat kereta untuk polis melalui petisyen

Wujud pula satu pergerakan yang diasaskan oleh sekumpulan pekerja yang mendesak Ford supaya keluar dari perniagaan kereta peronda

Sebuah petisyen awam di Change.org turut mengumpulkan sehingga 12,000 tandatangan mendesak supaya Ford menghentikan penjualan dan khidmat servis kepada pasukan polis yang 'menggunakan kekasaran'.

Namun, CEO Ford Jim Hacket dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihak mereka tidak sekali-kali menyokong tindakan anggota polis yang mendatangkan kekasaran kepada orang awam.


Saya dan pengerusi Bill Ford percaya bahawa tidak sepatutnya diwujudkan ruang untuk penindasan bersifat perkauman, dan kami menggesa supaya lebih banyak ketelusan dan kebertanggungjawaban diperlukan dalam operasi polis!"

Semenjak 1957, Ford telah banyak membekalkan kenderaan di bawah jenama tersebut untuk kegunaan pasukan polis Amerika Syarikat, dan kini Ford Interceptor diiktiraf sebagai salah sebuah kereta peronda yang paling laris terjual.

"Tidak dapat dinafikan, Ford Interceptor banyak membantu anggota polis menjalankan tugas mereka, namun isu yang melanda kredibiliti polis tidak mempunyai kaitan dengan kenderaan yang mereka pandu," jelas Hackett lagi.

Sumber: CNN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen